Made with
SaleSkip

0
DAYS
0
HOURS
0
MINUTES
0
SECONDS

Privacy Policy

Privacy Policy


SYARAT-SYARAT AM (SILA BACA DAN SAHKAN)

1. Dengan mengesahkan borang ini, pihak penganjur menerima bahawa anda bersetuju dengan semua perjanjian yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak

2. Program inl hanya boleh disertal oleh peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas sahaja.

3. Sebarang pertukaran hanya dibenarkan sekiranya plhak peserta memaklumkan pihak penganjur secara bertulis pada bila-bila masa sebelum program dan dalam tempoh 14 hari selepas program berlangsung.

4. Peserta hanya dibenarkan untuk menaiktaraf “Upgrade”) daripada pakej yang rendah kepada pakej yang lebih tinggi. Peserta tidak dibenarkan menuruntaraf (“Downgrade”) daripada pakej tinggi kepada pakej yang lebih rendah.

5. Sekiranya anda tidak dapat menghadirkan diri ke program pada tarikh yang telah ditetapkan;

Peserta perlu maklumkan kepada pihak penganjur secara bertulis dalam temph 7 hari sebelum program.
Peserta DIBENARKAN untuk hadir program yang sama dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pendaftaran. Sekiranya peserta tidak hadir selepas tempoh 6 bulan (seperti yang telah ditetapkan), semua bayaran yang telah dibuat kepada pihak penganjur TIDAK akan dikembalikan.
Peserta DIBENARKAN untuk menggantikan nama peserta (seperti yang telah diisi di borang pesanan) kepada peserta yang lain (CAJ RM200 dikenakan) dengan syarat permohonan tersebut dibuat secara betulis selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh program bermula.
Peserta dibenarkan untuk menukar ke mana-mana program/produk lain dibawah anjuran pihak penganjur sekiranya peserta menghadapi kesukaran dan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dalam tempoh 6 bulan sahaja.
PEMBAYARAN

1. Peserta dibenarkan untuk menunda program atau pakej yang sama dalam tempoh 6 bulan sahaja sekiranya peserta telah membuat bayaran penuh mengikut pakej yang ditawarkan dan peserta perlu maklumkan kepada pihak penganjur secara bertulis.

2. Yuran penyertaan program adalah mengikut kepada harga dan pakej semasa sekiranya peserta tidak membuat bayaran penuh mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. Peserta jelas bahawa peserta tidak berpeluang untuk mendapat harga promosi seperti yang ditawarkan ketika borang ini telah ditandatangani.

3. Segala pembayaran yang telah dibuat kepada plhak penganjur untuk tujuan penyertaan program yang telah didaftarkan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

4. Peserta perlu membayar harga keseluruhan pakej mengikut harga yang telah ditawarkan mengikut tarikh yang telah dipersetujui atas borang ini. Jika bayaran tidak dibuat mengikut tempoh yang telah ditetapkan penyertaan peserta akan terbatal.

SILA BACA DENGAN TELITI TERMA DAN SYARAT BERIKUT, DAN PASTIKAN ANDA MEMAHAMI KESEMUANYA. PROGRAM KAMI BERTUJUAN UNTUK MEMBANTU ANDA BERKONGSI DENGAN LEBIH RAMAI PENONTON DAN TIDAK MENJANJIKAN SEBARNAG JAMINAN. ADALAH PENTING UNTUK ANDA MEMBACA KESEMUA TERMA DAN SYARAT BERIKUT KERANA KAMI PERCAYA KETELUSAN ADALAH PENTING DAN KAMI MELETAKKAN DIRI KAMI DI TAHAP INTEGRITI YANG TERTINGGI

PEMBABITAN

1. Sifoo International Sdn Bhd (“SISB”) adalah pembekal perkhidmatan (“Pembekal”) bagi produk dan/atau servis yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.
2.Dengan menandatangani Borang Pendaftaran ini, anda bersetuju bahawa borang tersebut, beserta semua Terma dan Syarat membentuk satu kontrak antara anda dan Pihak Pembekal.

BAYARAN

3. Anda perlu membayar Pembekal sebagai pertimbangan kepada produk dan/atau servis yang ditawarkan oleh pihak Pembekal.

Jumlah bayaran perlulah dijelaskan oleh anda, mengikut tarikh/tempah yang telah diberikan tanpa sebarang “set off”, pengurangan atau tuntutan balas, melainkan dipersetujui sebaliknya, atau
Jika Pembekal bersetuju untuk anda membuat bayaran secara ansuran, di mana anda perlu membayar setiap ansuran secara penuh kepada kami, tanpa sebarang “set off” atau pengurangan dalam jumlah ansuran, mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.
4. Pembayaran dibuat dibawah Perjanjian ini mesti dilakukan dengan cara yang dinyatakan dalam Borang Pendaftaran ini.

BAYARAN BALIK DAN PEMBATALAN

5. Pembekal boleh membatalkan produk/servis atas sebarang sebab secara notis bertulis kepada anda. Kami akan memulangkan pembayaran yang telah dibuat dalam tempoh 30 hari bekerja selepas notis pembatalan dikeluarkan. Dengan ini, kami tidak akan mempunyai sebarang liabiliti lagi terhadap pembatalan tersebut.

HARTA INTELEK

6. Kami mempunyai kesemua hak, hak milik dan kepentingan ke atas semua harta intelek yang digunakan bagi melaksanakan Seminar tersebut (tertakluk kepada hak kesemua penyampai) dan kesemua harta intelek yang mungkin dihasilkan daripada prestasi Seminar tersebut.

7. Dalam penyampaian program Seminar ini kepada anda, kami tidak memindahkan sebarang hak milik harta intelek kami kepada anda, dan hak milik kesemua harta intelek kami adalah milik kami.

8. Anda tidak boleh :

Mengubah mana-mana daripada Harta Intelek atau bahan; atau
Menyalin atau mengeluarkan semula kandungan Seminar, atau bahan; atau
Menjual Harta Intelek atau bahan (‘IP’) kepada pihak ketiga.
9. Alat, proses, strategi, bahan dan maklumat yang dibentangkan dalam Seminar kami adalah hak kami, dan anda bersetuju untuk tidak merakam, menyalin, mengedar, mengajar atau melatih sesiapa daripada maklumat yang diberikan oleh pihak kami dalam apa jua bentuk tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak kami. Sebarang penggunaan yang tidak dibenarkan atau pengedaran konsep bahan dan harta intelek Seminar kami oleh pihak anda atau wakil anda adalah dilarang sama sekali dan tindakan undang-undang akan diambil serta menuntut ganti rugi penuh bagi melindungi hak-hak pihak berkenaan, jika syarat-syarat ini dilanggar.

TARIKH, MASA DAN TEMPAT PROGRAM

10. Pembayaran yang dibuat melayakkan diri anda untuk memasuki perjanjian ini secara langsung dengan pihak Pembekal, bagi menerima produk dan/atau servis Pembekal.

11. Pembekal berhak untuk mengubah atau membatalkan sebarang masa, tarikh dan tempat program dan/atau mengganti penceramah bagi mana-mana program. Setiap perubahan akan dimaklumkan secara bertulis.

HAD LIABILITI

12. Kami

Tidak termasuk dalam semua terma dan syarat dan waranti yang tersirat oleh adat, undang-undang umum atau kedudukan, atau yang menyebabkan mana-mana bahagian perjanjian ini menjadi tidak sah (keadaan bukan terkecuali);
Menghadkan liabiliti kami kepada anda bagi mana-mana keadaaan bukan terkecuali dengan jumlah sebenar yang dibayar oleh pihak anda di bawah perjanjian ini.
Tidak termasuk semua liabiliti untuk kerosakan berbangkit (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan hasil atau hilang keuntungan) yang dialami oleh pihak anda dalam apa jua cara yang berkaitan berhubungan dengan memberi peluang bagi untuk anda membeli produk-produk dan/atau perkhidmatan pihak Pembekal atau perlaksanaan hak anda dalam Perjanjian ini.
Dalam apa jua keadaan, kami tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan, secara langsung atau tidak, bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan atau didakwa telah disebabkan kepada pihak anda berkaitan dengan penggunaan mana-mana nasihat, produk dan/atau perkhidmatan yang telah diterima oleh pihak anda daripada penceramah kami (atau penceramah jemputan) dalam acara-acara kami.
FORCE MAJEURE

13. Sekiranya produk dan/atau perkhidmatan sebagaimana yang dimaksudkan oleh Perjanjian ini dihalang atau dibatalkan oleh sebab kuasa perubahan dapat dielakkan, kebakaran, putus bekalan elektrik, banjir atau atas sebab lain yang melampaui kawalan secara langsung bagi kedua-dua mengikut pilihannya, menangguhkan perlaksanaan program daripada jadual asal.

AM

14. Sekiranya mana-mana peruntukan Perjanjian ini ditentukan oleh Mahkamah sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan atau konflik dengan mana-mana kaedah, kedudukan, ordinan atau peraturan, kesahihan dan penguatkuasaan peruntukan yang selebihnya tidak akan terjejas.

15. Perjanjian ini membentuk keseluruhan Perjanjian antara pihak Pembekal dan anda berkenaan urusniaga ini dan menggantikan semua komunikasi, perkiraan, perwakilan kefahaman dan Perjanjian sebelumnya, sama ada secara lisan atau bertulis antara pihak-pihak yang terlibat atau wakil-wakil mereka. Sebarang representasi atau kenyataan dalam apa jua bentuk yang dibuat oleh mana-mana pihak yang dinyatakan dalam Perjanjian ini tidak terikat oleh mereka.

16. Pelanggan bersetuju untuk memenuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak SISB.

17. Pihak SISB enggan mengambil sebarang tanggungjawab atas kecuaian peserta seperti kehilangan resit/barangan milik peribadi atau kegagalan untuk menyimpan maklumat yang relevan mengenai program/acara.

18. Kami mengumpul makdumat anda bagi tujuan rekod dan menyokong penyertaan anda dalam aktiviti-aktiviti yang anda pilih. Maklumat tersebut digunakan bagi penempahan pendaftaran anda untuk mengesan pemilihan program yang dibuat dan bagi memastikan anda dimaklumkan mengenai seminar dan acara yang berkaitan. Dalam semua hal, kami akan mengumpul maklumat peribadi daripada anda hanya jika maklumat tersebut dikemukakan secara sukarela oleh pihak anda. Kami tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada pihak ketiga dengan sengaja tanpa menerima sebarang kebenaran bertulis daripada pihak anda.

JAMINAN

19. Pelanggan bersetuju bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembelian, penyertaan dan/atau hasli daripada apa-apa keputusan yang dibuat selepas menghadiri mana-mana program yang dianjurkan. SISB dan entiti gabungannya, syarikat bersekutu dan mana-mana wakilnya tidak akan bertanggungjawab serta tidak akan menanggung liabiliti rugi bagi pihak Pelanggan atas mana-mana dan semua kos, perbelanjaan, kerugian atau liabiliti yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Pelanggan akibat daripada keputusan yang dibuat.

20. Pelanggan bersetuju bahawa apa-apa keputusan pembelian tidak dipengaruhi oleh mana-mana hubungan yang terjalin atau urusan dengan pihak SISB sebelum ini atau dengan mana-mana pegawai, pengarah, pekerja atau wakil SISB.

Kami berhak untuk mengubah terma dan syarat tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.