Unit TERHAD Masa Berjalan !
Teres 1 Tingkat TANPA Deposit
Projek perumahan baru teres setingkat ini dikenali sebagai Taman Tronoh Mutiara, Seri Iskandar Perak. Projek ini terletak di dalam kawasan perumahan sediada iaitu Taman Tronoh Universiti bersebelahan dengan Universiti Teknologi Petronas (dahulu dikenali sebagai Universiti Sains Malaysia Cawangan Negeri Perak).
Seri Iskandar, Perak ini merupakan sebuah bandar yang sedang pesat membangun yang terletak di Daerah Perak Tengah. Ia berdekatan dengan Pekan Bota Kanan dan Tronoh. Ini memberi impak yang baik kepada harga pasaran rumah setempat.
Terdapat beberapa Institusi Pembelajaran berdekatan seperti UITM dan IKBN, Kemudahan asas turut tersedia seperti Balai Bomba, Stesen Bas, deretan kedai, Klinik Kesihatan, pasaraya TESCO, Budget Hotel dan lain-lain.
Projek ini dibangunkan dengan 130 unit teres setingkat di atas tanah berkeluasan lebih 10 ekar. Keluasan tanah setiap unit adalah bersaiz 20' x 60'. Setiap unit mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, ruang tetamu, ruang makan dan ruang dapur. Ia juga mempunyai ruang pakir yang luas dapat memuatkan 2 buah kenderaan beserta ruang poket 'garden' tersendiri. Keluasan binaan yang besar seluas 1,060 kaki persegi.
Tanah ini berstatus Pajakan (Leasehold) 99 Tahun terbuka (Open Title).
Pihak pemaju menyediakan kemudahan yang terbaik untuk pelanggan yang betul2 ingikan sebuah rumah kediaman.
Info lanjut seperti dibawah:-