Khasiat Madu
Membekalkan Tenaga
Memandangkan madu adalah sejenis gula ringkas, ianya boleh dijadikan sebagai salah satu sumber diet yang membekalkan tenaga dengan cepat. Glukosa merupakan antara bentuk gula ringkas yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga.
Kaya Sumber Antioksidan Semulajadi Madu yang datang daripada pelbagai jenis sumber tumbuh-tumbuhan yang berbeza dan serata dunia mempunyai antioksidan yang tinggi.
Antara kompoun yang memainkan peranan antioksidan ditemui di dalam madu adalah asid fenolik dan juga flavonoid. Kedua-duanya berfungsi untuk melindungi daripada kerosakan sel akibat daripada tekanan oksidatif dan juga radikal bebas.
Berpotensi dalam Menyembuhkan Luka Antara ciri yang menjadikan madu berpotensi dalam penyembuhan luka adalah keranan kandungan gula yang tinggi. Ini adalah keranan gula yang terdapat di dalam madu akan memberikan tekanan osmosis yang tinggi dan seterusnya akan menghalang pertumbuhan bakteria. Secara tidak langsung, ia akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Disamping itu juga, kajian turut mendapati bahawa kandungan sejenis kompaun di dalam madu iaitu hydrogen peroxide turut memainkan peranan dalam menghalang pertumbuhan bakteria.
Meredakan Batuk dan Masalah Sakit Tekak Kajian yang dijalankan terhadap kank-kanak telah mendapati bahawa pengambilan madu adalah berkesan dalam meredakan batuk dan masalah sakit tekak.
Sumber Prebiotik
Prebiotik merupakan sejenis kompaun yang ditemui dalam makanan (serat) yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus. Oligosaccaharides merupakan salah satu serat yang berfungsi sebagai prebiotik.
Madu telah dikenalpasti mengandungi oligosaccharides yang mampu menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di dalam usus. Prebiotik amat penting dalam mengekalkan tahap kesihatan sistem penghadaman.
Membantu Mengekalkan Kesihatan Kulit Memandangkan madu tinggi dengan antioksidan dan juga mempunyai ciri sebagai antibakteria, ianya juga memberi manfaat kepada kesihatan kulit. Di dalam aspek dermatologi, penggunaan madu di dalam pelbagai produk penjagaan kulit dapat memberikan kesan melembut dan mengekalkan kelembapan kulit.
Ini secara tidak langsung dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit dan melambatkan proses penuaan.
Anti Keradangan
Madu telah didapati mempunyai kesan anti keradangan dengan bertindak merencatkan penghasilan cytokines (agen keradangan). Dalam masa yang sama, ia juga turut merangsang penghasilan prostaglandins, bahan yang terdapat di dalam setiap tisu yang mengalami luka ataupun jangkitan.
Berpotensi Mengurangkan Risiko Penyakit Kanser Kandungan antioksidan seperti kompaun fenolik yang terdapat di dalam madu memainkan fungsi dalam mengurangkan risiko penyakit kanser.
Kandungan antioksidan ini menjadikan madu mempunyai ciri-ciri anti keradangan, anti metastatik, merencatkan pertumbuhan sel kanser dan juga mengurangkan berlakunya kerosakan sel akibat tekanan oksidatif.
Memberi Kesan Neuroprotective Fungsi kognitif seseorang individu didapati menurun akibat daripada tekanan oksidatif dan juga pengaruh usia. Tekanan oksidatif ini dapat dikekang melalui aktiviti antioksidan yang bertindak sebagai “scavenger” terhadap spesis oksigen reaktif.
Selain itu, madu juga didapati mengandungi choline dan acetylcholine yang membantu mengekalkan fungsi kognitif. Sebuah kajian mendapati bahawa madu Tualang mampu memberi kesan neuroprotective, namun hanya terhad kepada golongan dewasa.
Justeri itu, kajian yang lebih mendalam mengenai kesan madu terhadap fungsi kognitif perlu dijalankan pada masa akan datang.
Membantu Mengawal Tekanan Darah Sebuah kajian mendapati bahawa pra-rawatan masalah darah tinggi melalui pengambilan madu dapat menstabilkan semula tekanan darah. Namun begitu, kajian secara terperinci masih perlu dilakukan pada masa akan datang.
Wan NurShahirah Wan Zamri, Healthcare Foodservice Dietitian
- Madu Kelulut mempunyai rasa masam masam manis berbeza dengan madu lebah biasa
- ''Raw Honey'' tanpa penapisan dan pemanasan
- Dibotolkan segar dari kantung madu
- Disimpan di dalam peti bagi mengekalkan kualiti dan meminimakan perubahan rasa asli dari kantung madu
- Kelulut di kebun sendiri serta komuniti kelulut sekitar yang turut menjaga kualiti madu
- Sumber dari pelbagai bunga 'multi-flora' dipersekitaran kebun
Cadangan Pengambilan
- 1 sudu besar dimakan terus atau dicampur air suam di ambil sebelum makan 1-2 kali sehari
- Boleh juga dijadikan pemanis bagi menggantikan gula, namun ada sedikit rasa masam
Cara Penyimpanan
- Simpan di dalam peti sejuk bagi merencatkan aktiviti penapaian bakteria baik di dalam madu yang boleh menyebabkan rasa semakin masam namun tidak merosakkan madu.
- Kandungan air yang lebih tinggi di dalam madu kelulut mempercepat proses penapaian berbanding madu lebah
Madu dari Pergunungan Kyrgyztan keluaran Olive House
- Diiktiraf Autentik dan MESTI oleh KKM
- Memenangi Pingat Emas Anugerah World Bee Keeping Award
- "Raw Honey" tanpa penapisan dan pemanasan
- Madu dari Persekitaran Segar dan Bebas Pencemaran
- Sumber dari pelbagai bunga 'Multi-flora' memberikan khasiat yang pelbagai
Cadangan Pengambilan
- 1 sudu kecil dimakan terus atau dicampur air suam di ambil sebelum makan 1-2 kali sehari
- Boleh juga dijadikan pemanis bagi menggantikan gula
Cara Penyimpanan
- Simpan di tempat kering pada suhu bilik
ثُمَّ كُلِي مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Bermaksud: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Surah An-Nahl, Ayat 69
Madu Kelulut vs Madu Lebah
Rasa - Madu kelulut mempunya rasa yang masam manis manakala madu lebah mempunyai rasa manis. Keduanya mempunyai aroma yang unik
Warna - Madu kelulut mempunyai kepelbagaian warna yang tinggi dari putih ke coklat sehingga kehitaman malah pernah direkodkan berwarna merah dan hijau. Madu lebah mempunyai warna yang lebih konsisten dengan warna kuning cerah ke gelap.
Kepekatan - Madu kelulut biasanya mempunyai kandungan air yang lebih tinggi berbanding madu kelulut
Kandungan gula - madu kelulut biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu lebah.
Antioksidan - Beberapa kajian awal terkini mendapati madu kelulut mempunyai kandungan aktioksidan yang lebih tinggi berbanding madu lebah tempatan dari peratusan kompaun fenolik yang terdapat di dalam madu kelulut
Variasi warna Madu Kelulut