Made with
SaleSkip

0
DAYS
0
HOURS
0
MINUTES
0
SECONDS

KELAS PJJ AIS KRIM TANPA MESIN : CAMPURAN, TOPPING PERISA DAN KEK AIS KRIM + BONUS eBOOK

Di kala pandemik, ada yang terjejas dengan pendapatan, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan bermula dari rumah dengan kos rendah, sebaiknya ingin jual produk yang menjadi kegemaran ramai dan tak perlu penerangan terlalu banyak. Ais krim adalah antara produk yang mudah dijual kerana ia produk yang menjadi kegemaran pelbagai bangsa dan peringkat usia. 

Tidak hanya bagi yang baru nak mencari pendapatan tambahan, tetapi usahawan ais krim yang sebelum ini hanya bergantung kepada katering majlis juga terjejas kerana terhad dengan satu jenis sahaja bisnes model. 

Jadi apa masalah yang kami cuba selesaikan?

Apa yang uniknya kelas ais krim ini dengan kelas ais krim lain ?

Kami kenalkan cara pembuatan ais krim tanpa perlu keluar modal beribu ringgit untuk permulaan dan hanya gunakan peralatan mampu milik serta strategi perniagaan yang tidak terhad kepada katering majlis. Apa yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman jatuh bangun kami bermula 2015 dan apa yang kami lakukan ketika bangkit menukar bisnes model ketika pandemik bermula pada tahun 2020. 

Bengkel Ais Krim di Akademi kami pada tahun 2019

Nilai dan Kelainan

Selain daripada resepi ais krim (jenis hard ice cream) kami turut kongsikan : -

1. Peralatan dan Bahan-bahan ramuan ais krim yang bukan sahaja boleh dibeli dikedai tetapi juga yang bahan yang digunakan dalam ais krim komersial di pasaran. 

2. Resepi ais krim premium tanpa / kurang pewarna untuk usahawan tanpa mesin dan usahawan yang telah mempunyai mesin. Termasuk dessert yang menggunakan ais krim untuk pelbagaikan perniagaan ais krim. 

3. Bisnes Model Canvas (9 elemen perniagaan khas untuk Ais Krim). 

4. Penjagaan kualiti hingga pengedaran ais krim.

Kepakaran dan Pengalaman Kami 

Perniagaan kami, Creamade Creations telah mulakan perniagaan secara separuh masa dari rumah tanpa menggunakan mesin ais krim, menukar bisnes model berkali-kali untuk sesuaikan dengan keadaandan permintaan semasa dan kerana ini kami berbesar hati ingin kongsikan bagaimana bisnes ais krim boleh dipelbagaikan dan diadaptasi mengikut kemampuan usahawan dan bakal usahawan masing-masing. Selain itu, apa lagi yang menyebabkan anda patut pilih kelas ais krim kami. 

Kepakaran 

Selain berniaga ais krim, cikgu ais krim kami mempunyai latar belakang sains dan teknologi makanan yang mampu kenalpasti jika ada masalah teknikal dan pembuatan seperti soalan lazim usahawan "kenapa ais krim saya rasa terlalu cepat cair" dan sebagainya. 

Pengalaman

Bermula dengan berniaga dari rumah, menjalankan katering majlis, katering 'self service' untuk majlis kecil, buka booth di karnival dan expo antarabangsa termasuk ke Brunei, membekalkan pakej niaga, serbuk ais krim segera, urusan kontrak pengilangan, bekalkan ke kedai, restoran dan hotel serta penghantaran rumah ke rumah hingga merentas negeri. 

Kepuasan peserta

Ketika kelas kami jalankan kelas bersemuka sebelum ini, hanya kumpulan kecil (di bawah 20 orang) kecuali jemputan kolej / aktiviti komuniti. Oleh itu peserta lebih dapat bertanya dan buat terus secara hands-on. Kini kelas on line kami berkonsepkan boleh belajar ikut masa fleksible dan ebook juga mudah difahami. Selain itu, bekas peserta mudah bertanya dan coaching tanpa tambahan pakej. 

Bengkel Ais Krim Jemputan Daripada MASMED UiTM Shah Alam. 
Bengkel Kelas Ais Krim bersama ibu-ibu penjaga di Rumah Pengasih Warga Prihatin

Antara Testimoni Pengguna Kami Yang Telah Berjaya Menghasilkan Ais Krim yang Berkualiti

Jom lihat hasil peserta kami yang lain. 

"Sedap dan tak terlalu manis, tekstur pun ok" - Samsuri, Dengkil.

Tuan Samsuri daripada Dengkil adalah pelanggan tetap serbuk pra campuran ais krim kami untuk katering ais krim majlis. Ketika pengeluaran serbuk ais krim kami mempunyai masalah, beliau dapatkan Ebook Bisnes Serbuk Ais Krim kerana lebih selesa gunakan pra campuran ais krim untuk perniagaannya. Alhamdulillah beliau kongsikan hasilnya dalam bentuk video seperti yang kami kongsikan di sebelah. 



"Kali ni rasa puas hati sikit, kerana tekstur dia mampat dan penuh"- Muhammad Attamimi, Johor Bahru.

Tuan Muhammad Attamimi daripada Johor Bahru, mempunyai kedai kurma dan ingin menjual soft serve ais krim kurma Safawi. Beliau dapatkan Ebook Bisnes Serbuk Ais Krim yang lebih menjurus menggunakan bahan-bahan yang industri (kilang ais krim gunakan). Alhamdulillah beliau berjaya hasilkan ais krim seperti rangkaian francais makanan dan siap boleh membangunkan perisa sendiri menggunakan perisa asli kurma. 

Bukti screenshot peserta di instagram link 

https://www.instagram.com/p/CT...



"Sebiji macam ais krim kat pasaraya"- Rozita, Puncak Alam.

Puan Rozita daripada Puncak Alam, pernah belajar buat ais krim di Facebook tetapi mendapat tekstur yang gebu di atas, tetapi berais di bawah menyebabkan ia tidak sesuai dijual. Selepas join kelas ais krim online, Ebook dan coaching ringkas, Puan Rozita dapat hasilkan ais krim yang tidak lagi berais dan berpuas hati dengan tekstur seperti ais krim di pasaraya. 


Bukti screen shot di instagram link. 
https://www.instagram.com/p/CR...

 Jom dapatkan Ebook kami, Bertindak untuk jana pendapatan sekarang. 

Disclaimer : Kami tidak menjanjikan pendapatan 5 angka, 6 angka, kerana hasil pendapatan berdasarkan tindakan usaha dan rezeki masing-masing, selain itu, bimbingan kami lebih kepada teknikal dan cadangan berdasarkan pengalaman. Peserta boleh menambah ilmu pemasaran dan kewangan dengan mentor-mentor lain seperti Funnel Evo untuk memantapkan ilmu perniagaan. 

Demonstrasi Live Pembuatan Ais Krim di Selangor International Exposition, Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC, Kuala Lumpur). 

On Sale!

Kombo Kelas Ais Krim Tanpa Mesin (12 Perisa Ais Krim + 8 Jenis Topping + Bonus 5 Ebook)

45% Off

MYR 330.00

Almost gone, 1000 item(s) left!

MYR

180.00

Add to cart

0 SOLD!

Item has been added to your cart
Please choose quantity
Item has been removed from your cart
Your cart is empty