Eskayvie ditubuhkan pada 2009 oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri (MD VUB Brussels, Belgium) (CEO Eskayvie) dan Puan Kartika Wati Mohamed (Managing Director) bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.
Kini, lebih 2 juta produk Eskayvie telah dihasilkan dan dijual kepada orang ramai serta mengembalikan kegembiraan pada penggunanya. Setiap produk Eskayvie yang dihasilkan mempunyai tujuan tertentu dan dari semasa ke semasa sentiasa ditambahbaik, di samping diperkenalkan produk yang baharu untuk manfaat pengguna.