Dr.R Rak Pasu Bunga Penang memperkenalkan rak pasu yang diperbuat daripada campuran besi aluminium yang juga dikenali sebagai besi biru.
Mengapa besi biru menjadi pilihan?
* Kuat
* Anti Karat
* Tidak meleding atau mengecut ketika hujan panas
* Mudah dipasang (mengunakan skru berbanding kimpalan)
* Boleh dibuka semula sekiranya anda perlu berpindah ke tempat lain
* Warna finishing yang menarik iaitu warna biru
Betulkah besi biru ini anti-karat?
Ya, besi biru memang anti karat dipermukaan badan besi, tetapi mungkin akan berkarat di tempat yang dipotong kerana pemanasan berlaku dan campuran bersama unsur yang lain dan kehadiran oksigen semasa besi dipotong menyebabkan proses pengaratan berlaku.
Berapakah muatan yang mampu ditanggung oleh setiap tingkat / para?
Setiap para mampu menanggung sekurang kurangnya 100kg dengan panjang 4.85kaki.
Berapa banyak pasukah yang muat diletakkan disetiap tingkat / para?
Setiap para boleh menampung sekurang kurangnya 5 buah pasu bersaiz standard 1 kaki.
Adakah harga yang diberikan termasuk pemasangan dan penghantaran?
Harga yang dipaparkan telah TERMASUK PEMASANGAN tetapi TIDAK TERMASUK PENGHANTARAN.
Adakah penghantaran dibuat ke seluruh semenanjung Malaysia?
TIDAK, Penghantaran hanya dibuat ke Seluruh Pulau Pinang, Utara Perak, dan Selatan Kedah serta kawasan yang berdekatan Pulau Pinang sahaja.
Berapa lamakah rak ini akan sampai kepada saya jika saya order?
Rak akan sampai dalam masa 1-4hari.