BIASA KALAU ADA ACAR BUAH NI, MAKAN MEMANG JADI BERSELERA. ELOK SANGAT KALAU STANDBY BUAT STOK DI RUMAH DAN DIBAWA JALAN-JALAN.
Rasa yang cukup sempurna dengan manis masam dan sederhana pedas. Diperbuat daripada campuran buah-buahan kering yang terpilih. Makan begitu sahaja pun sedap.. nikmatnya!
Acar buah Mylis Delicacies adalah homemade dan resepi orang lama di Johor. Ramai yang pernah merasa acar buah ini sukakan rasanya yang cukup dengan manis masam dan pedasnya.
Kelebihan acar ini juga; ia boleh bertahan sehingga lebih setahun. Malah nenek-nenek dan atuk-atuk di Johor menggelarnya sebagai 'Acar Tahun'.
Tak rugi kalau anda cuba rasa. Atau mungkin anda juga boleh hadiahkan kepada saudara dan rakan sebagai tanda ingatan kepada yang tersayang..

